Saturday, October 29, 2011
Penang 'r' Us
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 10:21 AM 0 comments Links to this post
Labels: chenta, dating, incik sayang
Friday, October 14, 2011
Daulat Tuanku ! :)
SINAR BARU RAKYAT MALAYSIA.... "DAULAT TUANKU" & "ALLAHU AKHBAR". Sultan Kedah Darul Aman, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah diisytihar sebagai yang Yang Di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa 13 Disember 2011 sementara Sultan Kelantan Darul Naim, Sultan Muhammad Faris Petra diisytihar sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.
p/s : harap Sultan kita pon sependapat dengan Sultan Brunei :)
aminn..
DAULAT TUANKU !!
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 4:15 PM 2 comments Links to this post
Labels: islam 4 life
Wednesday, October 12, 2011
Pearl Island punya cherita ;)
hye y'all :)
since da busan tahap gaban ney..
so, marey cuci sawang di belog kesayangan :D
aritu.. ade la aritu aritu..
aritu dlm sejarah la kire.. *ok2 enough*
jalan2 ngn incik Syg..
so, km gedik2 la pegi Teluk Bahang..
motif? mmg xde motif.. hoho
ok pay attention now..
here comes the scary part..! :/
so, since da sampai..
sy nmpak kt signboard tu tulis
Pantai Kerachut = 2.9km..
dengan penoh bongkak, riak dan takabburnya,
*adik2 pls dont try this at home*
saya ckp kat Incik Syg..
"eleh.. apedehal.. dulu kite tracking g Segadas 2km
rileks je.. xsmpy setengah jam pon"
haa.. tgk ney adik2..
orang bongkak selalu rugi..
xcaye?
meh tgk pembalasannya..
saya, dengan tanpa ragu2 dan confident 100%
telah mengusulkan kepada Incik Syg
supaya kami membuang tabiat
dgn tracking ke Pantai Kerachut..
diulang..
TRACKING KE PANTAI KERACHUT..
tracking means walking with ur own damn feet
without any transport, ok *-*
sape penah tracking sane tau la kan azabnye..
laen lah kalo korang
kipas-susah-mati outdoor activities..
mestilah korang akan rasa bagai heaven
dan munge-munge beterbangan..
*oh tidakk*
so, 500m pertama..
everything was perfect..
saya siap boleh ckp,
"kalo mcm ney punye track, 4km pon xpee"
*tgk tu adik2.. orang riak kuasa 2 punye sembanggg*
ok.. tiba2 !
kami sampai ke penghujung track yg berturap..
then ade signboard..
Pantai Kerachut kiri.. Monkey Beach kanan..
kiri duri kanan pun berduri.. arah mana ke mana
eh, bukan..
masing2 berbaki 2km ++ perjalanan..
kat situ dh start dia punya real hiking..
gua dah cuak sket2 ney..
tp gua still buat riak jugk..
*wahhh*
tracking punya tracking, xsmpai2 lagi..
tgk2 jam..
kami dah tracking dekat 1 jam !!!
and tgk dekat signboard
Pantai Kerachut = 1km
the FOoooDD !!?
1 jam baru tracking 1km???
dah boleh bayang azabnya kan..
abes dah ketibas jgn ckp la..
*ketibas = ketiak basah*
ok gua memang dah cuak..
gile kau HUTAN kot !!!!
ape yg ako dah lakukan ney..
meroyan g tracking.. huhuhu
*ok budak riak dah sedar diri*
ajak Incik Syg patah balik..
tp Incik Syg ckp jum la go on je..
alang2 dah halfway..
*owh noooo!!*
ok saya bertindak mengikut arahan.. :/
tracking punye tracking,
selisih la dengan segerombolan tourist jgk,,
dengan desperatenye tnye dorang
"excuse me, how long from the beach?"
mereka ckp..
"owh.. about half and hour.."
sy dah buat muka xrela + susah hati + penat
then dowg ckp
"but the view is worth it.. u must be suprise :)"
owh hell yess..
to be suprise,
mmg gua dah suprise pon dgn track ney..
so, dipendekkan cerita,
sampai jugaklah di Pantai Kerachut..
mase start tracking pukul 1.30pm (plus minus)
mase smpai 3.30pm (plus minus)
alhamdulillah..
balasannnn !!
tgk duration tuh,, dekat 2 jam kot..
amek kau !
bygkan jap g nk tracking balik pulak 2 jam ???
haishhh.. naseb baek CINTA..
hahhhaa..
tp pe pon pengalaman laa..
kan Incik Syg :)
layannnn pics y'all !!
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 5:06 PM 0 comments Links to this post
Labels: chenta, incik sayang
Friday, October 7, 2011
Cuti-cuti Langkawi (Part 2)
hihihi..
alah, sape kesah pon actually :P
okay2, berita paham.. hehe
so, sy post jgk lah anyhow..
its for me fellas :)
ok now..
so on 2nd day, i just when to Kuah doing some shopping..
of course lah Daim, Kisses are the MUST-to-buy :)
++ me.. Poyo gak kn? :P ++then we headed to Pantai Chenang
since my sis insists us to..
so here we are..
chilling at Chenang..
and hey..!
i met someone here..
she's foreigner and she's Canadian..
while i was watching some folks doing the what-so-called
"parachute" thing,
i was approached by her..
sorry cant tell her name :(
pardon me for having such a short short term memory lost..
awwww.. T__T
she asked me whether i wanna try the "parachute" thing..
n i was like, is she talking to me?
then i look behind me, and owhh..
of course im the only one standing there.. :p
so, i told her im wearing skirt..
besides, there's no hell way my mum
gonna let me try it anywaysss.. hahaha
we had a little chit-chat..
she was fun.. totally fun :)
and she can talk Malay a little bit..
not bad for a 5-month learner like her..
im pretty impressed :)
here's the "parachute-thing"
he was like, "nak tryyyy"
okay..
maybe we can try it together next time, k syg :)
then we headed to the other side of the beach..
just chilling and walking along the beach..
the sunset is beautiful..
if only i know how to capture the view :(
as u can see,
im a bad photographer..
im still learning though *sigh*
so that all folks..
thanx for reading in,,
so,
soon soon ! :)
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 4:44 PM 2 comments Links to this post
Labels: cuti2 msia, family
Tuesday, September 20, 2011
Cuti-Cuti Langkawi (day 1) ^__^
so, sy pon boleh buat pandai lah..
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 8:40 AM 2 comments Links to this post
Labels: cuti2 msia, family, vacation
Thursday, September 8, 2011
peace y'all :)
Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan; 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak. 2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain. 3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit. 4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih). Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin:http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita. 5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini? Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. renung2kan dan selamat beramal :) so, soon soon ! :)salam~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dr Asri sokong keputusan Mufti P. Pinang
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 8:28 PM 0 comments Links to this post
Labels: islam 4 life, tazkirah
Saturday, August 20, 2011
Tony Fernandes Beli Kelab Liga Inggeris Queens Park Rangers
Selepas gagal dalam usaha untuk mengambil- alih kelab yang diminatinya, West Ham United, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia semakin hampir membeli 51 peratus saham kelab Bola Sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) pula.
Beliau dilaporkan bakal membeli saham pemilik Formula 1 Bernie Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR pada kira-kira $196 (RM583) juta dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.
Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki 1 %. Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.
Jika urus janji itu berjalan lancar, Fernandes akan menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.
Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak US$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.
Fernandes bakal mengambil-alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.
QPR masih belum mendapat sebarang mata dan menduduki carta bawahan liga Perdana Inggeris selepas dibelasah Bolton Wanderes 4-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu
Posted by M[i]$Z[a]C[k] at 7:15 PM 2 comments Links to this post





